..: SaNg pEnGiKuT (= :..

Saturday, November 5, 2011

TAZKIRAH #2


assalamualaikum semua!

kali ni kinot nak share sejarah idul adha
since esok kite nak raye so kne la taw asal usul raye aji tu kn :)
kinot amek dekat sini


Idul adha bermula dari nabi Ibrahim A.S dan nabi Ismail A.S, yang mana Nabi Ibrahim bermimpi bahawa Allah SWT memerintahkan dirinya untuk Menyembelih anaknya (nabi Ismail ) .
Setelah Nabi Ibrahim terbangun dari tidurnya, maka Ia menceritakan isi mimpinya Kepada Istrinya (Siti Hajar) dan Anaknya (Nabi Ismail),Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Kemudian Nabi Ismailmelanjutkan menjawab kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”

Karena Nabi Ismail sudah merelakan dirinya untuk disembelih ayahnya, maka keeseokan harinya Ismail dibawa kesebuah pelataran dan didengar oleh semua orang bahwa Nabi Ibrahim akan menyembelih anaknya, sempat orang-orang berprasangka bahwa Nabi Ibrahim sudah Gila, yang akan menyembelih anaknya sendiri, Mereka khawatir akan ikut tersembelih oleh Ibrahim.

Apapun tuduhan orang, nabi Ibrohim tetap berpegang teguh untuk menyembeli Anaknya, sebagaimana yang telah di impikannya pada waktu tidur. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengancara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Tanpa berkomentar lagi Kemudian Nabi Ibrahim langsung  melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Ayahanda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kambing kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan karena memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

Sepeninggalan Nabi Ibrahim, yaitu sejak Siti Hajar melepaskan anaknya untuk disembelih oleh Ayahanda, dia sentiasa menangis. Fikirannya bertambah runsing disebabkan diganggu oleh syaitan laknat yang mengatakan kononnya Nabi Ibrahim telah gila dan sebagainya. Pada suatu hari, dari jauh Siti Hajar mendengar suara takbir memuhi-muji nama Allah, semakin lama semakin dekat dan akhirnya dapatlah Siti Hajar kenali bahwa suara itu adalah suara anaknya Ismail dan suaminya Nabi Ibrahim.’

Maka dengan segera dia pergi mendapatkan anak dan suaminya sambil bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana telah memberi kekuatan kepadanya sehingga dia sanggup membenarkan anaknya untuk disembelih. Siti Hajar menangis bukanlah disebabkan marah kepada Nabi Ibrahim tetapi hanyalah menangis seorang ibu terhadap anaknya memandangkan dia adalah seorang wanita yang taat kepada Allah dan tidak mudah digoda oleh syaitan.




ok lah kawan kawan
itu sahaja untuk kali ini
semaga memberi manfaat
assalamualaikum :)

0 psssttt...psssttt...:

Post a Comment